Kerajaan JOHOR Malaysia bagian dari keKHILAFAHAN USTMANI
![]() |
Kerajaan JOHOR Malaysia bagian dari keKHILAFAHAN USTMANI |
Kegemilangan kesultanan Johor banyak
dipengaruhi oleh hubungannya dengan KhilafahOthmaniyyah. Ia diperintah
oleh pemerintah-pemerintah dari Kesultanan Melaka sehingga tahun 1699
Masihi iaitu dengan kemangkatan Sultan Mahmud Shah yang digelar juga
“Sultan MangkatDijulang.”
MengikutHikayat Johorkarangan Mohd
Said Haji Sulaiman, selepas kemangkatanSultan Mahmud maka putuslah nasab
Sultan Johor. Selepas kemangkatannya, kerajaan Johor diperintah oleh
golongan Bendahara dengan dilantikputera Tun Habib Dato’ Bendahara
SriMaharaja Padang Saujana Johor sebagai Sultan dengangelaran Sultan
Abdul Jalil (Mohd SaidHaji Sulaiman: 1940).
Walau bagaimanapun mengikutSalasilah
Melayu danBugis, keturunan Raja dan Bendahara Johor adalah berasal dari
satu keturunan (Mohd Yusuf MdNor: 1984). Daripada keturunan Bendahara
Sri Maharaja inilah negeri-negeri Melayu telahberpecah kepada beberapa
buah negeri dengan diperintah oleh Sultan Johor, Sultan Pahang,Sultan
Lingga-Riau, Sultan Selangor dan Sultan Perak.
Kesultanan Johor-Riau pula telah
ditubuhkan dengan bantuan “anak-anak RajaBugis Lima Bersaudara” yang
dapat mengalahkan Raja Kecil pada tahun 1722 Masihi. Raja Kecil telah
mengaku dirinya sebagai waris “Sultan Mahmud mangkat dijulang.” Kemudian
dilantik Sultan Sulaiman putera kepada Sultan Abdul Jalil sebagai
Sultan Johor-Riau(Ibid).
Kenyataan kedua-dua sumber di atas
jelas menunjukkan bahawa pemerintah Johor selepas tahun 1699 Masihi
adalah daripada keturunan Bendahara Melaka. Ia berkekalan sehingga
kepada pemerintahan Sultan Mahmud Ibn Sultan Abdul Jalil (Ibid).
Baginda telah meninggalkan dua orang
putera iaitu Tengku Hussin dan Tengku Abdul Rahman. Dengankedatangan
Sir Stamford Raffles pada tahun 1819M, kerajaan Johor-Riau telah
dibahagikan kepada dua kerajaan iaitu Tengku Hussin sebagai Sultan Johor
dan Singapura, manakala Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Riau-Lingga
(Ernst Ulrich Kratz: 1973).
Pembahagian tersebut telah memulakan
zaman kejatuhan empayar Johor-Riau pada abadke-18 Masihi. Pembahagian
rasmi kedua-dua negeritersebut dibuat pada tahun 1824 Masihi di antara
Inggeris yang mewakili Sultan Johor dan Singapura, dengan Belanda yang
mewakiliSultan Riau-Lingga (ibid).
Walau bagaimanapun hubungan
kedua-dua kerajaan tersebut terus berjalan dengan baik sehingga lenyap
kerajaan Riau -Lingga pada tahun 1911 Masihi apabila Sultan Abdul Rahman
Muazzar Shah iaitu Sultan Riau- Lingga yang kelima dipecat oleh
pemerintah Belanda (Buyong Adil: 1980). Pengaruh Khilafah Othmaniyyah
telah menjadikan hubungan dua kerajaan ini begitu kuat dalam
melaksanakan sistem pemerintahan Khilafah Islam.
Kewujudan tokoh-tokoh karyawan Islam
seperti Raja Ali Haji dan Raja Ali Kelana pula banyak mendekatkan Johor
dengan pengaruh Khilafah Othmaniyyah dari aspek pentadbiran,
perundangan, pendidikan dan sebagainya.
HUBUNGAN JOHOR DENGAN KHILAFAH OTHMANIYYAH
Pada pertengahan tahun 1860an,
Sultan Abu Bakar dalam rangka lawatannya ke Eropah telah berkesempatan
melawat Khalifah Othmaniyyah diIstanbul. Sebagai tanda ke atas hubungan
baik kedua belah pihak, baginda kemudiannya diiktiraf sebagai Sultan
Johor oleh Kerajaan Othmaniyyah Turki mulai 13.02.1886.
Baginda memakai gelaran sultan
dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Baginda juga
telah dikurniakan dua orang wanita iaitu Khadijah Hanum untuk bernikah
dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqayyah Hanum untuk bernikah dengan Engku
Majid bin Temenggung Ibrahim iaitu adinda Sultan Abu Bakar. Mereka dari
wanita-wanita kesayangan ibu sultan dan isteri Sultan.
Tugasnya adalah sebagai pengelola di
istana Khilafah. Mereka dari keturunan Kaukasia diutara Turki, kini
dipanggil Georgia, Rusia. Perkahwinan Sultan Abu Bakar dengan Khadijah
Hanum berlangsung pada 22.09.1893 diIstanbul, Turki dan telah dilantik
menjadi Sultanah pada 28.02.1894 di Istana Zahara, Johor Baharu. Seorang
wanita berbangsa Turki. Mangkat di Woodneuk, Tangling, Singapura pada
01.02.1904 dan dimakamkan di Makam Temenggong. Manakala perkahwinan
Ruqayyah Hanum dengan Ungku Abdul Majid telah menghasilkan tiga orang
cahaya mata. Salah seorang daripadanya ialah Ungku Abdul Hamid, ayah
kepada Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, bekas Naib Canselor Universiti
Malaya.
Hubungan Johor dengan Khilafah
Othmaniyyah amat akrab khususnya sejak tahun 1885 iaitu apabila Johor
diperintah oleh Sultan Abu Bakar hinggalah tahun 1922 di bawah
pemerintahan Sultan Ibrahim. Beberapa buah bangunan khasnya
istana-istana dan masjid-masjid dipengaruhi oleh bentuk-bentuk bangunan
lama di wilayah Khilafah Othmaniyyah. Pada 22 Februari 1893, Sultan Abu
Bakar dan Dato’ Abdul Rahman bin Andak iaitu Dato’ Seri Amar DiRaja
Johor telah melawat ibukota Khilafah Othmaniyyah dan berjumpa dengan
Sultan Abdul Hameed Ke-2 di Turki. Sultan Abu Bakar dan
pengiring-pengiringnya dikurniakan bintang-bintang kebesaran Darjah
Utama Khilafah Othmaniyyah.
Hikayat Johor meriwayatkan (MohdSaid Haji Sulaiman: 1951):
“Hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia (Sultan Johor) berjumpadengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Khan di Konstantinopel(Istanbul). Maka diterimalah oleh baginda dengan sebaik-baik terimaan serta diraikan dengan secukup-cukupnya kerana amatlah gemar Yang Maha Mulia. Sultan Turki itu melihatkan seorang raja sebelah timur begitu baik bawaan dan aturannya pada hal beragama Islam.”
Berdasarkan hubungan Johor dan
Khilafah Othmaniyyah yang begitu erat, dapat dikatakan bahawa Johor
sebenarnya telah diperintah menggunakan sistem Khalifah, iaitu berada di
bawah naungan Khilafah Othmaniyyah dan bukannya sistem "British"
seperti yang digambarkan di dalam buku-buku sejarah.
~~~ SEBARKAN RAIH AMAL SHOLEH ~~~
[www.bringislam.web.id]
Posting Komentar untuk "Kerajaan JOHOR Malaysia bagian dari keKHILAFAHAN USTMANI"