Pemerintahan Umar Bin Abdul-Aziz & Surat Dari Raja Sriwijaya
HARI
kedua dilantik menjadi khalifah, Umar bin Abdul Asis sudah menyampaikan
khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada
nabi selepas Muhammad saw dan tiada kitab selepas al-Quran, aku bukan
penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah
malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik
dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat
tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku
tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah.”
Ia kemudian duduk dan menangis, “Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku,” sambung Umar Ibn Abdul Aziz.
Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isterinya, “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?”
Beliau
mejawab, “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini
dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang
janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam
tawanan, para fuqara’ kaum muslimin.
“Aku tahu mereka semua ini
akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab
hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi
pembela di pihak mereka adalah Rasulullah SAW.’’
Isterinya seketika turut mengalir air mata juga.
Umar
Ibn Abdul Aziz mulai memeritah pada usia 36 tahun sepanjang 2 tahun 5
bulan 5 hari. Pemerintahan beliau sangat menakjubkan. Pada waktu inilah
tiada seorang pun pun umat Islam yang layak menerima zakat sehingga
harta zakat yang menggunung itu terpaksa diumumkan kepada siapa saja
yang akan bernikah dan juga hal-hal lainnya.
Surat dari Raja Sriwijaya
Tercatat
Raja Sriwijaya pernah dua kali mengirimkan surat kepada khalifah Bani
Umayyah. Yang pertama dikirim kepada Muawiyah I, dan yang ke-2 kepada
Umar bin Abdul-Aziz. Surat kedua didokumentasikan oleh Abd Rabbih
(860-940) dalam karyanya Al-Iqdul Farid. Potongan surat tersebut berbunyi:
“Dari
Rajadiraja…; yang adalah keturunan seribu raja … kepada Raja Arab yang
tidak menyekutukan tuhan-tuhan yang lain dengan Tuhan. Saya telah
mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang
tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan; dan saya ingin
Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam
kepada saya, dan menjelaskan kepada saya hukum-hukumnya.” [Wikipedia/Islampos]
Posting Komentar untuk "Pemerintahan Umar Bin Abdul-Aziz & Surat Dari Raja Sriwijaya"